25 February 2012









Majlis Perkahwinan Dalila dan Farhan di Lanchang, Pahang pada Sabtu 25 Februari 2012.

Alhamdulilah semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah besar, cuaca yang baik dan majlis tampak hebat dan meriah dengan kehadiran tetamu dari kalangan saudara dan ahli qaryah kampung bolok. Masakan kali ini was powered by gotong royong orang kampung dengan masakan tradisional turun temurun kawasan kg bolok ini.

Photographer disediakan sebuah rumah homestay di Jabatan Perhilitan berhampiran. Kawasan berbukit yang sejuk membuat photographer agak malas mandi. Tetapi akhirnya mandi juga utk merasakan air bukit yang segar.

Tugas kali ini berjalan amat baik sekali dengan kerjasama daripada keluarga kedua belah pihak dan daripada photographer2 yang tidak official turut memberi ruang kepada offical photographer untuk mendapatkan tempat yang strategik. Terima kasih.

Terpenting sekali how sportingnya pasangan pengantin yang mudah diambil gambar, happy dan sentiasa alert yang lensa photographer. Kesan ini penting kerana gambar yang dihasilkan mempunyai nilai dan ekspresi moment yang hidup. Outdoor session pada waktu pagi ialah di Unit Pengurusan Gajah, Kuala Gandah. Di sana klimak gambar ialah pasangan pengantin menunggang gajah. Pengantin dan gajah sama-sama sporting menunjukkan reaksi masing-masing. Terima kasih gajah. Sesi petang outdoor photography ialah di kawasan hijau berhampiran rumah pengantin yang agak menarik dengan adanya sebuah bangsal.

Terima kasih semuanya.

Photographer: Saiful Nizam Photoline dan Abdul Malik Dato Yusuf